Monday 31 October 2011

Pertandingan Drama Antara Kelas

Apa yang sedang berlangsung di dalam Dewan Besar sekarang ini


Pertandingan drama antara kelas-kelas tingkatan 4 sedang berlangsung


Pertandingan ini bermula mulai jam 10.30 pagi tadi sehingga ke 4.10 petang ini


Hakim-hakim sedang memberikan markah.  Kelas manalah yang akan menang ini ??

Friday 28 October 2011

Majlis Bacaan Yasin Bulan Oktober

Majlis Bacaan Yasin Bulan Oktober yang berlangsung pagi tadi di Surau SMV Port Dickson


Semua Warga SMV Port Dickson hadir di dalam majlis ini
 
 
 Tuan Pengetua SMV Port Dickson iaitu En. Abu Bakar bin Jelas juga bersama-sama di dalam majlis ini
 
 
Tuan Pengetua memberikan galakan kepada pelajar tingkatan 5 untuk mencipta kejayaan di dalam peperiksaan yang akan berlangsung tidak lama lagi

Thursday 20 October 2011

IQra'

Iqra bermaksud bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan


"Read in the name of Allah, The Creator"




 Bacalah buku & sumber ilmu setiap hari


Surah pertama yang diturunkan iaitu surah al ‘Alaq


Wednesday 19 October 2011

Peperiksaan Semester 2 Tingkatan 4 2011

Peperiksaan Semester 2 untuk tingkatan 4 sedang berlangsung di kelas mengikut jurusan

Kertas bagi mata pelajaran Pendidikan Islam 1 sedang berlangsung sekarang sehingga 12.40 tengahari nanti


Terdapat satu erata pada soalan no 33 di kertas soalan ini


Puan Vemalaveni bertugas sebagai pengawas peperiksaan bagi kelas ini

Tuesday 18 October 2011

Peperiksaan Percubaan Ke-2 Tingkatan 5

Pelajar-pelajar sedang tekun menghadapi peperiksaan percubaan pada hari ini


Percubaan Ke-2 ini diadakan di kelas sahaja


Tujuan diadakan percubaan ke-2 ini diadakan agar pelajar-pelajar dapat memperbaiki pencapaian semasa percubaan pertama dahulu


Selamat Berjaya Kepada Semua Pelajar

Saturday 15 October 2011

SMV Port Dickson Sempena Majlis Bersama YAB Dato' Seri Utama Tan Sri Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran Malaysia bagi meraikan Guru-guru KAFA, SMKA dan SBRA NS

Ketibaan YAB Dato' Seri Utama Tan Sri Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin ke SMV Port Dickson


Sempena lawatan Menteri Pelajaran Malaysia ke Negeri Sembilan bagi meraikan Guru-guru KAFA, SMKA dan SBRA NS


SMV Port Dickson mengucapkan Selamat Datang Kepada YAB Dato' Seri Utama Tan Sri Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin


Terima kasih di atas kesudian YAB Dato' Seri Utama Tan Sri Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin datang ke sekolah kami

Friday 14 October 2011

Ada Khemah Besar

Ehh.. Ada ada khemah besarlah disini.  Ada apa nie ??


Khemah-khemah besar ini sebahagian daripada persiapan sempena lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pelajaran Malaysia


 Program ini akan diadakan pada 15 Oktober 2011


 Selamat Datang Ke Negeri Sembilan dan Selamat Datang Ke SMV Port Dickson kami ucapkan

Thursday 13 October 2011

Dewan Besar SMV Port Dickson

Kerja-kerja keceriaan sedang giat dijalankan di hadapan Dewan Besar SMV Port Dickson


Dewan Besar ini akan berwajah baru


Bendera baru SMV Port Dickson.  Cantikkan :D


Semoga menjadi inspirasi kepada semua pelajar untuk berjaya di SMV Port Dickson

Wednesday 12 October 2011

Applied Science Info

Inilah wakaf yang memaparkan maklumat mengenai mata pelajaran Applied Science


Pelajar mudah mendapatkan maklumat di wakaf ini


Secara purata, sekiranya pelajar-pelajar berada di wakaf ini selama seminggu.  5 kalilah pelajar tersebut dapat melihat info dan juga fakta-fakta mengenai applied science ini. 


Dimanakan lokasi wakaf ini ?.  Sila beritahu kami.  Hadiah misteri menanti Anda. :D

Tuesday 11 October 2011

Pusat Pentauliahan

SMV Port Dickson merupakan Pusat Pentauliahan Sijil Kemahiran Malaysia


 Terdapat 3 kursus yang ditawarkan di pusat pentauliahan ini


Kursus-kursus tersebut ialah Juruteknik Rendah Elektronik Industri Peralatan, Mekanik Kenderaan Motor & Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal


Kursus manakah yang paling diminati ??

Monday 10 October 2011

Lanskap III

Lanskap baru di SMV Port Dickson


 Menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati & tetapi kelihatan menarik


 Lanskap ini di hadapan pintu masuk utama ke SMV Port Dickson


 Anda ada idea untuk penambahbaikan lanskap ini supaya lebih kelihatan menarik.  Please tell Us :D

Thursday 6 October 2011

Tapak Berkumpul

Ke mana semua warga SMV Port Dickson pergi ini ?.  Tidak berkumpul di sini


 Ini adalah tapak berkumpul semasa kebakaran sahaja


 Semasa berlaku kebakaran pelajar dan guru perlulah ke tapak ini dengan mengikut pelan laluan kebarakan yang telah disediakan di bengkel, makmal atau bilik-bilik darjah


 Sila ikut peraturan yang telah ditetapkan semasa menghadapi kebakaran.  Kemalangan dan kecederaan dapat dielakkan dengan mengikut pelan bagi mengadapi kebakaran yang telah disediakan.  Apakah pelan-pelan itu ?  

Wednesday 5 October 2011

Parkir Motosikal

Pelajar-pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah perlulah meletakkan motosikal di sini


Pelajar-pelajar yang membawa motosikal ke sekolah perlulah memiliki lesen memandu yang sah dan juga motosikal yang mempunyai cukai jalan


Kemas sungguh susunan motosikal diparkir ini.  Terima kasih kerana berusaha menyusun motosikal yang dibawa ke sekolah ini



Berhati-hatilah semasa di dalam perjalanan pergi ke sekolah dan balik dari sekolah.  Tungganglah dengan selamat.  Ingatlah orang yang tersayang