Thursday 17 November 2011

Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2012

Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2012 ini diadakan di Dewan Makan Asrama SMV Port Dickson


Majlis Penyerahan ini telah bermula seawal jam 9.00 pagi


Ramai Ibu Bapa & Penjaga yang hadir di dalam majlis ini


 Pihak sekolah juga turut sama menyerahkan keputusan peperiksaan akhir tahun tingkatan 4 kepada ibu bapa & penjaga yang hadir ke majlis ini

Monday 14 November 2011

Perhimpunan & Bacaan Doa

Penolong Kanan Pentadbiran iaitu En. Ali Khan Bin Masri dan Ketua Unit Penilaian & Peperiksaan EN Sarugunan memberi sedikit taklimat sebelum calon-calon masuk ke dewan peperiksan


Calon-calon diingatkan sentiasa membawa kad pengenalan & slip kemasukan peperiksaan sepanjang masa peperiksaan


Puan Hjh Hasnah juga turut sama memberikan kata-kata semangat untuk semua calon-calon peperiksaan pada pagi ini


 Perhimpunan pagi ini diakhiri dengan bacaan doa sebelum semua calon bergerak masuk ke dalam dewan peperiksaan.  Selamat Berjuang.  Semoga mudah untuk menjawap soalan-soalan yang dikemukakan semasa peperiksan ini.  Insya-Allah

Friday 11 November 2011

Antara Jamuan Akhir Tahun

Antara Jamuan Akhir Tahun 2011 ini


Kebanyakkan Kelas-Kelas Tingkatan 5 sahaja membuat jamuan


Terima kasih diatas jamuan yang diadakan


Jamuan kelas anda atau kelas lama anda menarik.  Please Tell Us :D

Thursday 10 November 2011

Persediaan Dewan Peperiksaan

Pelajar sedang membantu guru menyediakan Dewan Peperiksaan


Pelajar-pelajar sedang membalut meja-meja di dewan peperiksaan dan menampal slip kemasukan calon ke dewan peperiksaan



Menjelang hari peperiksaan yang akan menjelma 4 hari sahaja lagi


Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2011

Wednesday 9 November 2011

Selamat Datang

Selamat Datang


Setinggi-Tinggi Terima Kasih


Dari Semua Warga SMV Port Dickson



Setinggi-Tinggi Terima Kasih Kepada Menteri Pendidikan Malaysia Kerana Sudi Datang Ke SMV Port Dickson

Friday 4 November 2011

Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat

Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat bermula mulai jam 11.30 pagi


Sedikit tazkirah diberikan sebelum majlis ini bermula


Ibu Bapa & Penjaga bersama-sama dengan pelajar-pelajar tingkatan yang akan menghadapi spm membaca yasin bersama-sama


 Semoga semua pelajar-pelajar memperolehi kejayaan

Thursday 3 November 2011

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2011

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2011 adalah untuk memberikan pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan


Pengiktirafan dalam kategori nilam, kategori akademik, kategori pengurusan pelajar dan kategori ko-kurikulum



Semua penerima hadiah sedang mengambil hadiah yang di sampaikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Port Dickson


SMV Port Dickson Mohon Maaf Berkenaan segala masalah yang timbul kepada semua penerima-penerima anugerah, ibu bapa, penjaga atau wakil pada Majlis Anugerah Kecemerlangan 2011 yang telah diadakan pada hari ini

Monday 31 October 2011

Pertandingan Drama Antara Kelas

Apa yang sedang berlangsung di dalam Dewan Besar sekarang ini


Pertandingan drama antara kelas-kelas tingkatan 4 sedang berlangsung


Pertandingan ini bermula mulai jam 10.30 pagi tadi sehingga ke 4.10 petang ini


Hakim-hakim sedang memberikan markah.  Kelas manalah yang akan menang ini ??

Friday 28 October 2011

Majlis Bacaan Yasin Bulan Oktober

Majlis Bacaan Yasin Bulan Oktober yang berlangsung pagi tadi di Surau SMV Port Dickson


Semua Warga SMV Port Dickson hadir di dalam majlis ini
 
 
 Tuan Pengetua SMV Port Dickson iaitu En. Abu Bakar bin Jelas juga bersama-sama di dalam majlis ini
 
 
Tuan Pengetua memberikan galakan kepada pelajar tingkatan 5 untuk mencipta kejayaan di dalam peperiksaan yang akan berlangsung tidak lama lagi

Thursday 20 October 2011

IQra'

Iqra bermaksud bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan


"Read in the name of Allah, The Creator"




 Bacalah buku & sumber ilmu setiap hari


Surah pertama yang diturunkan iaitu surah al ‘Alaq


Wednesday 19 October 2011

Peperiksaan Semester 2 Tingkatan 4 2011

Peperiksaan Semester 2 untuk tingkatan 4 sedang berlangsung di kelas mengikut jurusan

Kertas bagi mata pelajaran Pendidikan Islam 1 sedang berlangsung sekarang sehingga 12.40 tengahari nanti


Terdapat satu erata pada soalan no 33 di kertas soalan ini


Puan Vemalaveni bertugas sebagai pengawas peperiksaan bagi kelas ini

Tuesday 18 October 2011

Peperiksaan Percubaan Ke-2 Tingkatan 5

Pelajar-pelajar sedang tekun menghadapi peperiksaan percubaan pada hari ini


Percubaan Ke-2 ini diadakan di kelas sahaja


Tujuan diadakan percubaan ke-2 ini diadakan agar pelajar-pelajar dapat memperbaiki pencapaian semasa percubaan pertama dahulu


Selamat Berjaya Kepada Semua Pelajar

Saturday 15 October 2011

SMV Port Dickson Sempena Majlis Bersama YAB Dato' Seri Utama Tan Sri Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran Malaysia bagi meraikan Guru-guru KAFA, SMKA dan SBRA NS

Ketibaan YAB Dato' Seri Utama Tan Sri Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin ke SMV Port Dickson


Sempena lawatan Menteri Pelajaran Malaysia ke Negeri Sembilan bagi meraikan Guru-guru KAFA, SMKA dan SBRA NS


SMV Port Dickson mengucapkan Selamat Datang Kepada YAB Dato' Seri Utama Tan Sri Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin


Terima kasih di atas kesudian YAB Dato' Seri Utama Tan Sri Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin datang ke sekolah kami